Thursday, 19 February 2015

Sekitar Majlis Walimatulurus Saudara Kusnin

Majlis Walimatulurus yang berlangsung pada 19 Feb 2015.  Naib Presiden Persatuan Bekas Tentera 20 RAMD, En Sufian bin Ithnin bersama Setiausaha Persatuan En Sobri Lowa turut hadir memeriahkan majlis disamping mengambil kesempatan bagi menerangkan berkaitan pendaftaran keahlian persatuan kepada warga hitam kuning yang hadir.











Majlis Perjumpaan Presiden Persatuan Bersama Warga Hitam Kuning Pantai Timur

Encik Abdul Aziz bin Man, Pengerusi Persatuan Bekas Tentera 20 RAMD telah mengadakan perjumpaan bersama warga-warga hitam kuning di sekitar pantai timur.  Majlis berlangsung di Restoran Semerah Padi, Tanah Merah Kelantan pada 19 Feb 2015.  Di majlis tersebut juga Presiden turut menyampaikan sumbangan untuk ahli-ahli yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini.  Tuan Presiden juga turut meluangkan masa membuat lawatan kebajikan ke atas Saudara Hamid (Mess) yang sedang terlantar sakit akibat sroke.  Majlis telah dikoordinasikan oleh Saudara Amiruddin, BIRO Kebajikan dan Sosial Zon Pantai Timur.  Turut mengiringi lawatan Presiden adalah Saudara Azhar Zainol, Biro Kebajikan dan Sosial Zon Utara.














Wednesday, 11 February 2015

Penubuhan Persatuan









Al Fatihah

Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.. dukacita dimaklumkan bahawa Saudara kita 1044932 Halim bin Shaari (Halim KSMJ) telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Feb 2015 dan dikebumikan di 67 A Tmn Desa Aman 3, 08000 Sg Petani Kedah.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman. Bersamalah sedekah Al Fatihah buat Allahyarham Saudara Halim.  Persatuan amat mengalu-alukan sumbangan dari warga hitam kuning untuk diserahkan kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan bebanan mereka.  Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Biro Kebajikan Persatuan.