Thursday, 30 October 2014

Sahabat Ketawa Senang Di Cari, Sahabat Menangis Sukar Di Temui.  Kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh Azhar Zainol (Art).

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua:   Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga:  Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat: Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan     berpisah kerana Allah.
Kelima:  Insan yang di ajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik,  lalu ia berkata : `Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Keenam:  Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan   kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh: Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air   matanya."



Kembalinya senyuman yang telah lama hilang..


Terlihat sudah wajah keceriaan.


Memasang kerangka besi Alat Bantuan Pergerakan untuk Saudara Tarmizi yang disumbangkan oleh seorang 'Hamba Allah' dari warga Ex 20MD. Syabas dan tahniah buat Saudara Azhar Zainol (Art) dan juga semua warga Ex 20MD yang turut menghulurkan sumbangan serta doa buat Tarmizi.  `BERJUANG BERJASA', bukan sekadar ketika beruniform tetapi sehingga ke hujung nyawa.

Saturday, 25 October 2014

Lawatan Zon Utara ke Rumah Tarmizi

Lawatan oleh Zon Utara ke rumah Tarmizi pada 25 Okt 2014 disertai oleh Azhar Zainol, Ku Aman, Ku Hamdan, Ku Zahren dan Afami,  Lawatan bertujuan untuk meninjau bantuan yang boleh disampaikan untuk diketengahkan pada Mesyuarat Penubuhan.  Saudara Tarmizi juga turut menerima sumbangan peribadi Kipas Siling dari Afami.  Semoga beliau terus menerima sokongan dan bantuan bagi meringankan bebanan dan penderitaannya, Insya Allah.








Sumbangan Buat Abg Rahman

Alhamdulillah, Abang Rahman (Mortar/Pos) Warga Ex 20MD turut menerima sumbangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang disampaikan kepada wakil Warga Ex20MD Che Omaq dan disampaikan pula oleh En Aziz Man kepada isteri beliau.


Monday, 20 October 2014

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Warga EX20MD

Mesyuarat yang pada asalnya dijadual akan diadakan bersama Hari Keluarga telah dipercepatkan seperti berikut:

Tarikh   :  8 Nov 2014

Masa     :  Pendaftaran - 1930H
                 Mesyuarat   - 2000H - 2359H.

Tempat  : Dewan DARK, Taman Setia Kasih, Senawang, Negeri Sembilan.

Pada mesyuarat tersebut akan turut membincangkan perlantikan AJK Pelaksanaan Hari Keluarga. Turut diadakan Majlis BBQ dan pengumpulan data maklumat anggota yang mempunyai masalah kesihatan.  Dijemput semua Warga EX20MD untuk turut serta di dalam majlis ini dan sila maklumkan kehadiran ditalian berikut:

En Aziz Man   :  019 605 6928
En Rodzan       :  011 3904 3426

Sunday, 19 October 2014

Hari Keluarga Warga EX20MD

Dimaklumkan bahawa satu aktiviti suai kenal/ramah mesra Warga EX20MD bersama ahli keluarga dirancang akan diadakan sekitar bulan Nov 2014 bertempat di Port Dickson. Aktiviti bertujuan untuk mengeratkan hubungan siratulrahim di samping mewujudkan Satu Organisasi Persatuan Warga EX20MD dengan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa untuk melaksanakan segala urusan persatuan di peringkat kebangsaan dan zon (Selatan, Lembah Klang, Pantai Timur dan Utara).  Peranan persatuan adalah bagi menjaga kebajikan sahabat-sahabat warga yang mengalami kesempitan hidup samada masalah kesihatan atau sebaliknya. Mohon jasa baik semua warga untuk memanjangkan sepada semua bekas warga EX20MD berkaitan perkara ini.

Aturcara yg dicadangkan adalah merangkumi perkara berikut:

1. Aktiviti hari keluarga,sukaneka dan cabutan bertuah
2. Tahlil dan Doa Selamat
3. Majlis BBQ (Ditaja oleh PW II (B) Sufian bin Ithnin) dan pelancaran tabung kebajikan.
4. Mesyuarat Penubuhan Persatuan Warga EX20MD.

Tarikh sebenar dan bayaran akan dimaklumkn kemudian. Sila majukan nama yang berminat kepada:

En Aziz Man   : 019 605 6928
En Rodzan      : 011 3904 3426

Sekian dimaklumkan.

Logo Sulam Pada Baju Korporat Warga Ex20MD


Monday, 13 October 2014

Hitam Kuning Bersama Mu - Tarmizi MT

Menyambung Catatan Dari Azmi Mortar (Mie Loklaq)

Kenal lagi tak Tarmizi MT skot 1075 . Beliau kini dalam keadaan uzur . Beliau mengharapkan sumbangan / bantuan dari Saudara-saudara 20MD . Untuk menghubungi beliau , 012-4898204 



Warga Ex 20MD masih mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Saudara Tarmizi dan lawatan dari Team Utara dirancangkan pada 25 Okt ini.  Kepada yang ingin menyumbangkan bantuan sila hubungi En Azhar Zainol di talian 017 480 5950.

Hitam Kuning Bersama Mu - Abg Rahman

Siapa yang masih mengenali insan ini.  Dialah Abg Rahman Pos yang suatu ketika dahulu pernah berkhidmat bersama-sama kita.  Kali ini sekali lagi Warga Ex 20MD telah berjaya mengumpulkan sejumlah dana untuk disumbangkan kepada warganya.















Ribuan terima kasih kepada En Roslan (Lan Bundle) di atas jamuan yang disediakan ketika lawatan tersebut.