Sahabat Ketawa Senang Di Cari, Sahabat Menangis Sukar Di Temui. Kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh Azhar Zainol (Art).
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :
Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua: Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga: Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat: Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima: Insan yang di ajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : `Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Keenam: Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh: Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."
Kembalinya senyuman yang telah lama hilang..
Terlihat sudah wajah keceriaan.
Memasang kerangka besi Alat Bantuan Pergerakan untuk Saudara Tarmizi yang disumbangkan oleh seorang 'Hamba Allah' dari warga Ex 20MD. Syabas dan tahniah buat Saudara Azhar Zainol (Art) dan juga semua warga Ex 20MD yang turut menghulurkan sumbangan serta doa buat Tarmizi. `BERJUANG BERJASA', bukan sekadar ketika beruniform tetapi sehingga ke hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment