29 Nov 2014, Kelab Bekas Warga 20 RAMD (KBW 20MD) sekali lagi melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap bekas-bekas warga 20 RAMD dengan melaksanakan lawatan kebajikan ke atas Sjn (B) Abu Hassan bin Man yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Hassan Jeneral. Beliau yang kini terlantar sakit akibat serangan stroke di kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan. Lawatan dikoordinasikan oleh Biro Kebajikan dan Sosial KBW 20MD Saudara Salihin dan Saudara Roslan.
Saturday, 29 November 2014
Wednesday, 26 November 2014
Jemputan Ke Majlis Walimatulurus Kpl (B) Md Abu
Adalah dengan segala hormatnya dijemput seluruh Warga 20 RAMD seisi keluarga ke Majlis Walimatulurus anak kepada Kpl (B) Md Abu (Guru Silang Gayung) pada 07 Dis 2014 di alamat No 32, Jalan Desa Rhu 17, Sikamat SEREMBAN, Negeri Sembilan. No Tel: 012 658 0749
Monday, 24 November 2014
Hitam Kuning Bersamamu - Halim Vespa
Masihkan anda mengenali wajah insan ini. Dia yang suatu ketika dahulu pernah mengerah keringat bersama-sama kita di bawah satu panji-panji. Dialah Saudara Halim (Kpl Halim Latih atau Halim KSMJ atau Halim Vespa). Beliau kini sedang bertarung hidup dengan penyakit Buah Pinggan dan Kencing Manis dan hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda. 3 dari sepuluh jari kakinya telah pun dipotong dan hanya menerima bantuan RM 300.00 sebulan dan bantuan rawatan cuci darah secara percuma setiap 3 minggu. Beliau yang kini duda tinggal bersama 3 orang anak.
Kelab Bekas Warga 20 RAMD telah membuat lawatan ke rumah beliau di Sg Petani pada 23 Nov 2015. Sehubungan itu dirayu kepada seluruh Warga 20 RAMD untuk menyalurkan sumbangan derma ihklas ke tabung kebajikan Kelab Bekas Warga 20 RAMD untuk disampaikan kepada beliau serta rakan-rakan seperjuangan lain yang senasib dengannya.
Jemputan Walimatulurus
Dengan segala hormatnya PW II (B) Selamat bin Haji Omar (Bekas KKMS Kompeni Markas) menjemput semua Warga Ex 20 RAMD ke Majlis Raja Sehari Puteranya Pada 29 November 2014 (Sabtu) di alamat No 16, Jln P/S 5/10, Taman Pinggiran Senawang, 71450 Sungai Gadut, SEREMBAN, Negeri Sembilan. Bagi memeriahkan lagi majlis, digalakkan ahli warga 20 RAMD memakai Baju Korporat Kelab Bekas Warga 20 RAMD. Disamping memenuhi undangan kehadiran anda juga akan mengumpulkan semula warga-warga 20 RAMD yang telah sekian lama terpisah.
Monday, 17 November 2014
WIRA YANG TAK DIDENDANG
Sedetik masa meniti perjalanan waktu, tanpa kita sedar atau tidak pastinnya suatu saat masa itu akan terhenti. Namun kita belum pasti bagaimana ia terhenti, atau pun masa itu akan terus berlalu tanpa kita berbuat apa. Sejenak cuba kita menoleh ke belakang ramai rakan seperjuangan kita telah tiada, hilang bagai hembusan baju senja yang bertiup lembut terasa ada namun entah di mana.Rakan yang pernah mengalirkan keringat bersama kita, berlari bersama "kayu Log" .."..abang buat abang tanggung.." , ada yang pernah tertumpah darahnya tapi semuanya hanya tinggal kenangan yang tersimpan di dalam lipatan sejarah perjuangan yang digelar
A S K A R - Azab Sengsara Kau Akan Rasa maka memang bernarlah segala kesengsaraan pahit dan manis telah kita harungi bersama. Pada bicara ringkas ini ingin aku lontarkan segala luahan agar kita ulangi sekali lagi masa yang telah berlalu itu dalam satu ikatan kukuh di atas nama HITAM KUNING semoga panji-panji ini akan terus berkibar di hati sanubari kita sehingga pada suatu saat masa itu akan terhenti _salam peruangan zamriwakiran
A S K A R - Azab Sengsara Kau Akan Rasa maka memang bernarlah segala kesengsaraan pahit dan manis telah kita harungi bersama. Pada bicara ringkas ini ingin aku lontarkan segala luahan agar kita ulangi sekali lagi masa yang telah berlalu itu dalam satu ikatan kukuh di atas nama HITAM KUNING semoga panji-panji ini akan terus berkibar di hati sanubari kita sehingga pada suatu saat masa itu akan terhenti _salam peruangan zamriwakiran
Saturday, 15 November 2014
Tabung Kebajikan Kelab Bekas Warga 20 RAMD
Objektif utama penubuhan Kelab Bekas Warga 20 RAMD adalah untuk menjaga kebajikan warga dan warisnya disampingkan mengembalikan semula talian persahabatan yang telah terjalin erat ketika bersama di dalam perkhidmatan. Pihak urusetia KBW 20 RAMD sehingga ke hari ini telah mengesan beberapa sahabat kita yang telah terlantar keuzuran dan memerlukan bantuan. Di antara yang telah dikesan adalah:
1. Saudara Tarmizi (MT). Lumpuh akibat kemalangan jalanraya.
2. Saudara Kamarulhisham. Serangan Stroke.
3. Saudara Rahman (Mortar/Pos). Kencing Manis, tangan kiri dan kaki kanan telah dipotong.
4. Saudara Razali Nordin (Pl Mortar). Serangan Stroke.
5. Jen Abas (Maklumat Lengkap Sedang Dikumpulkan). Serangan Stroke.
Berikutan pendaftaran rasmi KBW 20 RAMD masih di dalam prosess, Akaun Bank untuk Tabung Kebajikan masih belum dapat dibuka. Untuk sementara, KBW 20 RAMD akan menggunakan akaun En Roslan dan En Salihin selaku Biro Kebajikan dan Sosial seperti berikut:
1. En Roslan bin Hamid - Maybank 1583 3516 1933.
No hp 013 678 5312
2. En Salihin bin Abdul Shukor - Maybank 1121 8407 3600.
No hp 013 550 0672
Oleh yang demikian, Pihak Urusetia KBW 20 RAMD memohon jasa baik dan keprihatinan seluruh warga dan bekas warga 20 RAMD untuk menghulurkan sumbangan ihklas melalui akaun di atas bagi diagihkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan. Mohon maklumkan butiran sumbangan ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan samada melalui panggilan, sms, whatsapp dan telegram. Keprihatinan dan sumbangan dari anda amatlah diharapkan lagi dihargai dan didahului dengan doa semoga kalian beroleh keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Terima kasih.
Rombongan Walimatulurus dan Lawatan Kebajikan ke Utara
1031622 Kpl Saad, bekas Jurulatih TTS 20 RAMD dengan segala hormatnya menjemput semua Warga dan Bekas Warga 20 RAMD ke Majlis Walimatulurus Puterinya Nurul Ayuni binti Saad pada 23 Nov 2014 di 1045 Mukim 3, Bukit Indera Muda 14000 Bukit Mertajam, Pinang,
Berlanjutan dari itu, Kelab Bekas Warga 20 RAMD merancangkan untuk mengadakan rombongan dari Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang) ke majlis tersebut dan mengambil kesempatan untuk membuat Lawatan Kebajikan ke rumah Saudara Tarmizi (MT) yang telah sekian lama terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya di Sungai Petani. Justeru KBW 20 RAMD kini sedang mengumpulkan warga-warga 20 RAMD yang berminat untuk turut serta. Bayaran adalah bergantung kepada jumlah penyertaan dan seawaan bas persiaran berharga RM 2400.00. Kepada yang berminat sila hubungi En Rodzan bin Ismail, Setiausaha 2 KBW 20 RAMD di talian 011 3904 3426 (SMS, Whatsapp & Telegram is Available).
Lawatan Kebajikan Ke Rumah PW 2 (B) Razali bin Nordin (Pl Mortar)
Syukur ke hadrat Ilahi di atas izinNya terlaksana apa yang telah dirancang. 15 Nov 2014 Kelab Bekas Warga 20 RAMD sekali lagi telah menjalankan tanggungjawab sosial terhadap ahlinya apabila Lawatan Kebajikan Ke Rumah PW 2 (B) Razali (Pl Mortar) di Kg Lomak, Rembau, Negeri Sembilan yang menderita akibat stroke telah direalisasikan. Bantuan sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha 1 KBW 20 RAMD En Sobri Lowa.
Tuesday, 11 November 2014
Lawatan Kebajikan
Warga Ex20MD akan mengadakan sesi lawatan kebajikan dan penyampaian bantuan sumbangan ke rumah PW II Bersara Razali (Platun Mortar) yang telah diserang stroke di Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Nov 2014 bersamaan hari Sabtu jam 4.30 petang. Justeru dijemput Warga Ex20MD yang berkelapangan untuk turut serta. Kepada AJK dan Ahli yang telah mempunyai baju Korporat Warga Ex20MD dikehendaki memakai baju tersebut. Digalakkan untuk turut membawa ahli keluarga untuk beramah mesra bersama keluarga beliau. Kepada yang berminat sila hubungi Biro Kebajikan & Sosial En Roslan bin Hamid di talian 013 678 5312 atau En Salihin di talian 013 550 0672 untuk tujuan bancian kehadiran.
Saturday, 8 November 2014
Mesyuarat Penubuhan Persatuan Warga Ex 20MD
Mesyuarat yang dirancang telahpun berjaya direalisasikan pada 8 Nov 2014 jam 2000 bertempat di Dewan Dark Taman Setia Kasih, Senawang dengan kehadiran yang begitu positif dari kalangan Warga Ex 20MD khususnya dari kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Lembah Kelang.
Turut Berlangsung Majlis Bacaan Tahlil Kepada Waga Ex20MD Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah - Al Fatihah
Subscribe to:
Posts (Atom)