Objektif utama penubuhan Kelab Bekas Warga 20 RAMD adalah untuk menjaga kebajikan warga dan warisnya disampingkan mengembalikan semula talian persahabatan yang telah terjalin erat ketika bersama di dalam perkhidmatan. Pihak urusetia KBW 20 RAMD sehingga ke hari ini telah mengesan beberapa sahabat kita yang telah terlantar keuzuran dan memerlukan bantuan. Di antara yang telah dikesan adalah:
1. Saudara Tarmizi (MT). Lumpuh akibat kemalangan jalanraya.
2. Saudara Kamarulhisham. Serangan Stroke.
3. Saudara Rahman (Mortar/Pos). Kencing Manis, tangan kiri dan kaki kanan telah dipotong.
4. Saudara Razali Nordin (Pl Mortar). Serangan Stroke.
5. Jen Abas (Maklumat Lengkap Sedang Dikumpulkan). Serangan Stroke.
Berikutan pendaftaran rasmi KBW 20 RAMD masih di dalam prosess, Akaun Bank untuk Tabung Kebajikan masih belum dapat dibuka. Untuk sementara, KBW 20 RAMD akan menggunakan akaun En Roslan dan En Salihin selaku Biro Kebajikan dan Sosial seperti berikut:
1. En Roslan bin Hamid - Maybank 1583 3516 1933.
No hp 013 678 5312
2. En Salihin bin Abdul Shukor - Maybank 1121 8407 3600.
No hp 013 550 0672
Oleh yang demikian, Pihak Urusetia KBW 20 RAMD memohon jasa baik dan keprihatinan seluruh warga dan bekas warga 20 RAMD untuk menghulurkan sumbangan ihklas melalui akaun di atas bagi diagihkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan. Mohon maklumkan butiran sumbangan ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan samada melalui panggilan, sms, whatsapp dan telegram. Keprihatinan dan sumbangan dari anda amatlah diharapkan lagi dihargai dan didahului dengan doa semoga kalian beroleh keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment