Tuesday, 11 November 2014

Lawatan Kebajikan

Warga Ex20MD akan mengadakan sesi lawatan kebajikan dan penyampaian bantuan sumbangan ke rumah PW II Bersara Razali (Platun Mortar) yang telah diserang stroke di Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Nov 2014 bersamaan hari Sabtu jam 4.30 petang.  Justeru dijemput Warga Ex20MD yang berkelapangan untuk turut serta.  Kepada AJK dan Ahli yang telah mempunyai baju Korporat Warga Ex20MD dikehendaki memakai baju tersebut.  Digalakkan untuk turut membawa ahli keluarga untuk beramah mesra bersama keluarga beliau.  Kepada yang berminat sila hubungi Biro Kebajikan & Sosial En Roslan bin Hamid di talian 013 678 5312 atau En Salihin di talian 013 550 0672 untuk tujuan bancian kehadiran.

No comments:

Post a Comment