Monday, 22 December 2014

Jemputan Majlis Walimatulurus Anak En Supian Pardi



Sekitar Majlis Walimatulurus En Rosli (Rintis Serang)

Jemputan Walimatulurus - En Majid Semboyan

Adalah dengan segala hormatnya KBW 20 RAMD bagi pihak En Majid (Ex Semboyan 20 RAMD) mempersilakan seluruh warga hitam kuning ke Majlis Walimatulurus Anaknya pada 11 Jan 2015 di alamat F 230, Batu 6, Jalan Atas 34250 TANJUNG PIANDANG Perak.  No tel: 013 599 6436. Semoga dengan kehadiran Tuan-Tuan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sunday, 21 December 2014

Al Fatihah, Saudara Esham Semboyan - Siaran Lewat

Sayugia dimaklumkan bahawa Saudara Esham (Semboyan) yang telah menjalani pembedahan potong kaki kiri di Hospital Sultan Ismail Tebrau telah kembali ke Rahmatullah pada petang 13 Dec 2014. Pihak KBW 20 RAMD merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.  Buat pengetahuan, Allahyarham yang telah kematian isteri meninggalkan dua orang puteri.  Setinggi penghargaan untuk En Sufian Ithnin dan En Mohd Sabri Lowa serta sahabat-sahabat di Zon Selatan yang telah membantu menguruskan jenazah Allahyarham.  Justeru KBW 20 RAMD mewakili keluarga Allahyarham memohon kemaafan di atas segala kesalahan beliau dan sekiranya Allahyarham mempunyai hutang yang belum dilangsaikan mohon maklumkan kepada pihak keluarganya atau urusetia KBW 20 RAMD.  Bersamalah kita mendoakan pengampunan dan kerahmatan ke atas rohnya.  Al Fatihah

Jemputan Walimatulurus En Ku Adnan

Adalah dengan segala hormatnya, KBW 20 RAMD bagi pihak En Ku Adnan (Ex 20MD, B Komp) menjemput semua bekas warga hitam kuning ke Majlis Walimatulurus Anak Perempuannya pada 25 Dec 2014 bertempat di Batu 9, Tepi Sek Keb Buluh Lima, Jalan Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.  Semoga dengan kehadiran Tuan-Tuan akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Hitam Kuning Bersamamu - En Razak Habaq


KBW 20 RAMD Zon Utara telah membuat lawatan kebajikan ke atas seorang lagi bekas warga hitam kuning iaitu En Razak Habaq yang telah lebih setahun lumpuh sebelah badan akibat serangan stroke. Beliau yang kini menetap bersama keluarganya di  No 102 Taman Samadera, 06900 Yan, Kedah dan boleh dihubungi di talian 013 591 8388. 

Sehubungan itu, Pihak Urusetia KBW 20 RAMD memohon jasa baik dan keprihatinan seluruh warga dan bekas warga 20 RAMD untuk menghulurkan sumbangan ihklas melalui akaun di atas bagi diagihkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.  Mohon maklumkan butiran sumbangan ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan samada melalui panggilan, sms, whatsapp dan telegram. Keprihatinan dan sumbangan dari anda amatlah diharapkan lagi dihargai dan didahului dengan doa semoga kalian beroleh keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Berikutan pendaftaran rasmi KBW 20 RAMD masih di dalam prosess, Akaun Bank untuk Tabung Kebajikan masih belum dapat dibuka.  Untuk sementara, KBW 20 RAMD akan menggunakan akaun En Roslan dan En Salihin selaku Biro Kebajikan dan Sosial seperti berikut:


1.  En Roslan bin Hamid               -  Maybank 1583 3516 1933.     No hp 013 678 5312


2.  En Salihin bin Abdul Shukor  -  Maybank 1121 8407 3600.     No hp 013 550 0672

Sekitar Majlis Walimatulurus Anak Kepada En Mohd Nawi

Tanggal 21 Dec 2014, KBW 20 RAMD sekali lagi telah kembali bertemu beramai-ramai di majlis walimatulurus anak kepada En Mohd Nawi (Ust Nawi) di Bentong, Pahang.  Kehadiran bekas warga hitam kuning yang agak ramai telah memeriahkan lagi majlis yang berlangsung dan juga menemukan semula warga-warga yang telah sekian lama terpisah.

Anak kepada Ust Nawi yang menyambung khidmat bapanya di dalam Angkatan Tentera Malaysia.  Beliau bertugas sebagai Pegawai KAGAT di 12 RAMD


















Sekitar Majlis Walimatulurus Anak Kepada Allahyarham En Roslan Asri

Majlis Walimatulurus Anak Kepada Allahyarham En Roslan bin Asri (Mortar) telah berlangsung pada 20 Dec 2014 di Taman Kota Wira Taiping.  Berikut adalah rakaman gambar-gambar di sekitar majlis.









Sunday, 7 December 2014

Jemputan Walimatulurus Encik Nawi (Ust Nawi)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan Encik Nawi atau lebih dikenali sebagai Ust Nawi ketika di 20 RAMD telah menjemput semua warga 20 RAMD ke Majlis Walimatulurus anaknya di alamat No 237, Lorong Abdul Rahman 1, Kampung Baru, Bentong, Pahang pada 21 Disember 2014.  Sehubungan itu, KBW 20MD merancang untuk mengadakan konvoi ke majlis tersebut.  Kepada yang berminat untuk turut serta, sila berkumpul di Stesyen Minyak SHELL sebelum memasuki KARAK Highway pada jam 1030 pagi pada hari tersebut.  Sekiranya bercadang untuk datang lebih awal sila maklumkan kepada Timbalan Pengerusi KBW 20MD En.Sufian Ithnin di talian 017 666 6631 untuk disampaikan kepada Ust Nawi. Adalah digalakkan untuk memakai baju korporat Warga Ex20MD ketika menghadiri majlis tersebut.  Sekian, harap maklum.

Tabung Kebajikan Kelab Bekas Warga 20 RAMD

Objektif utama penubuhan Kelab Bekas Warga 20 RAMD adalah untuk menjaga kebajikan warga dan warisnya disampingkan mengembalikan semula talian persahabatan yang telah terjalin erat ketika bersama di dalam perkhidmatan.  Pihak urusetia KBW 20 RAMD sehingga ke hari ini telah mengesan beberapa sahabat kita yang telah terlantar keuzuran dan memerlukan bantuan.  Di antara yang telah dikesan adalah:

1.   Saudara Tarmizi (MT).  Lumpuh akibat kemalangan jalanraya.
2.   Saudara Kamarulhisham.  Serangan Stroke.
3.   Saudara Rahman (Mortar/Pos).  Kencing Manis, tangan kiri dan kaki kanan telah dipotong.
4.   Saudara Razali Nordin (Pl Mortar).  Serangan Stroke.
5.   Saudara Hassan Jeneral (Maklumat Lengkap Sedang Dikumpulkan).  Serangan Stroke.
6.   Saudara Halim KSMJ.  Lumpuh, kencing manis dan darah tinggi.
7.   Saudara Esham Semboyan.  Kencing Manis, potong kaki kiri.
8.   Saudara Razak Abaq.  Maklumat yang tepat masih belum diperolehi.

Berikutan pendaftaran rasmi KBW 20 RAMD masih di dalam prosess, Akaun Bank untuk Tabung Kebajikan masih belum dapat dibuka.  Untuk sementara, KBW 20 RAMD akan menggunakan akaun En Roslan dan En Salihin selaku Biro Kebajikan dan Sosial seperti berikut:

1.  En Roslan bin Hamid            -  Maybank 1583 3516 1933.
     No hp 013 678 5312

2.  En Salihin bin Abdul Shukor  -  Maybank 1121 8407 3600.
     No hp 013 550 0672

Oleh yang demikian, Pihak Urusetia KBW 20 RAMD memohon jasa baik dan keprihatinan seluruh warga dan bekas warga 20 RAMD untuk menghulurkan sumbangan ihklas melalui akaun di atas bagi diagihkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.  Mohon maklumkan butiran sumbangan ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan samada melalui panggilan, sms, whatsapp dan telegram. Keprihatinan dan sumbangan dari anda amatlah diharapkan lagi dihargai dan didahului dengan doa semoga kalian beroleh keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Terima kasih.

Sekitar Majlis Walimatulurus Pak Abu


Sekitar Majlis Walimatulurus Anak Perempuan kepada Kpl (B) Abu bekas warga 20 RAMD di Sikamat, Seremban.  Pihak KBW 20MD turut mengambil kesempatan ke atas majlis ini dengan melancarkan Tabung Kebajikan untuk disumbangkan kepada Saudara Esham Semboyan dan berjaya mencapai kutipan yang agak membanggakan iaitu sebanyak RM 207.00.  Tabung ini akan terus dilancarakan semula pada 21 Dec 2014 di Bentong Pahang iaitu di Majlis Walimatulurus Sjn (B) Nawi seorang lagi bekas warga 20 RAMD.  Ribuan terima kasih kepada insan-insan yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan. Jazakallahu Khairan.









Saturday, 6 December 2014

Lawatan Kebajikan Ke atas Saudara Ehsam (Semboyan)

Berlanjutan dan lapuran yang telah disiarkan, wakil dari Kelab Bekas Warga 20MD yang di ketuai oleh Timbalan Pengerusinya En. Sufian bin Ithnin telah membuat lawatan ke atas Saudara Esham yang akan menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat jangkitan kuman penyakit kencing manis di Hospital Sultan Ismail Tebrau, Johor Baharu.  Berikut adalah keadaan Saudara Esham sebelum menjalani pembedahan.



Keadaan Beliau sebaik keluar dari Wad Pembedahan.  



Saudara Esham tinggal bersama 2 orang anak perempuannya setelah kematian isteri dan menetap di Pasir Gudang, Johor.  Salah seorang dari anaknya mengambil keputusan untuk menamatkan pengajiannya di sekolah bagi menggalas tanggungjawab untuk menjaga beliau.




Di antara wakil KBW 20MD yang melawat Saudara Ehsam di Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor Baharu. Sehubungan itu, pihak Kelab Bekas Warga 20 RAMD memohon kepada semua warganya untuk menghulurkan sumbangan derma ikhlas bagi membantu meringankan bebanan Saudara Esham sekeluarga.  Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Bank Biro Kebajikan dan Sosial KBW 20MD sepertimana yang telah disiarkan pada catatan yang lalu.