Sunday, 21 December 2014

Al Fatihah, Saudara Esham Semboyan - Siaran Lewat

Sayugia dimaklumkan bahawa Saudara Esham (Semboyan) yang telah menjalani pembedahan potong kaki kiri di Hospital Sultan Ismail Tebrau telah kembali ke Rahmatullah pada petang 13 Dec 2014. Pihak KBW 20 RAMD merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.  Buat pengetahuan, Allahyarham yang telah kematian isteri meninggalkan dua orang puteri.  Setinggi penghargaan untuk En Sufian Ithnin dan En Mohd Sabri Lowa serta sahabat-sahabat di Zon Selatan yang telah membantu menguruskan jenazah Allahyarham.  Justeru KBW 20 RAMD mewakili keluarga Allahyarham memohon kemaafan di atas segala kesalahan beliau dan sekiranya Allahyarham mempunyai hutang yang belum dilangsaikan mohon maklumkan kepada pihak keluarganya atau urusetia KBW 20 RAMD.  Bersamalah kita mendoakan pengampunan dan kerahmatan ke atas rohnya.  Al Fatihah

No comments:

Post a Comment