KBW 20 RAMD Zon Utara telah membuat lawatan kebajikan ke atas seorang lagi bekas warga hitam kuning iaitu En Razak Habaq yang telah lebih setahun lumpuh sebelah badan akibat serangan stroke. Beliau yang kini menetap bersama keluarganya di No 102 Taman Samadera, 06900 Yan, Kedah dan boleh dihubungi di talian 013 591 8388.
Sehubungan itu, Pihak Urusetia KBW 20 RAMD memohon jasa baik dan keprihatinan seluruh warga dan bekas warga 20 RAMD untuk menghulurkan sumbangan ihklas melalui akaun di atas bagi diagihkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan. Mohon maklumkan butiran sumbangan ke nombor telefon bimbit yang dinyatakan samada melalui panggilan, sms, whatsapp dan telegram. Keprihatinan dan sumbangan dari anda amatlah diharapkan lagi dihargai dan didahului dengan doa semoga kalian beroleh keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Berikutan pendaftaran rasmi KBW 20 RAMD masih di dalam prosess, Akaun Bank untuk Tabung Kebajikan masih belum dapat dibuka. Untuk sementara, KBW 20 RAMD akan menggunakan akaun En Roslan dan En Salihin selaku Biro Kebajikan dan Sosial seperti berikut:
1. En Roslan bin Hamid - Maybank 1583 3516 1933. No hp 013 678 5312
2. En Salihin bin Abdul Shukor - Maybank 1121 8407 3600. No hp 013 550 0672
No comments:
Post a Comment